Carian
Dron DJI Mungkin Diharamkan Di Amerika Bulan Ini
June 6, 2024 Effi Saharudin

Selepas Huawei, dron keluaran DJI pula akan diharamkan penggunaannya di Amerika Syarikat. Pada 12 Jun depan, Senat A.S akan membincangkan akta mengharamkan dron CCP yang akan membuatkan bukan sahaja penjualan dron DJI diharamkan tetapi turut akan menyebabkan dron yang sudah dibeli pengguna tidak lagi boleh diterbangkan.

DJI kini meminta pengguna di Amerika Syarikat untuk menghubungi wakil mereka di Senat untuk tidak meluluskan akta ini. Menurut DJI lagi, akta ini berlaku kerana “maklumat salah dan yang menakut-nakutkan pengguna” mengenai risiko privasi menggunakan dron mereka. Jika dron mereka diharamkan ia akan mendatangkan impak kepada DJI yang pada ketika ini memegang 70% pasaran dron untuk kegunaan orang awan di dunia.

Sejak tiga tahun lalu penggunaan dron DJI oleh anggota tentera A.S telahpun diharamkan khususnya di kawasan berhampiran markas. Maklumat GPS dan kamera didakwa boleh digunakan untuk mengintip oleh China. Pihak DJI menyangkal dakwaan ini dan mengatakan terdapat mod luar talian yang tidak menyimpan data GPS dan privasi pengguna jika tidak mahu ia disimpan.

Komen