Carian
YouTube Menguji Ciri Skrin Hijau Dengan Penjana Imej AI Generatif
June 6, 2024 Fahim Zahar

YouTube terus mengembangkan kemampuan kecerdasan buatan generatif mereka untuk memudahkan lagi para pengguna serta pencipta kandungan. Sebelum ini mereka telah hadir dengan DreamTrack yang boleh menjana muzik mengikut gaya 9 artis terkemuka seperti Charlie Puth, Charli XCX, Demi Lovato dan ramai lagi. Terbaru mereka hadir dengan Dream Screen pula.

Contoh bahagian yang boleh masuk prom untuk jana imej, ini versi sekarang tanpa AI

Dream Screen adalah ciri khusus untuk YouTube Shorts yang memberi pengguna akses kepada skrin hijau digital untuk menggantikan latar belakang pengguna ke suasana berbeza mengikut idea kreatif masing-masing. Jika sebelum ini skrin hijau digital hanyalah skrin hijau biasa, Dream Screen membenarkan pengguna dan pencipta kandungan menjana imej latar belakang menggunakan teknologi kecerdasan buatan generatif.

Menurut YouTube, ciri ini membolehkan pengguna menjana imej latar belakang seperti di kawasan hutan flora ajaib dengan pelangi atau di kolam renang hotel mewah. Menurut YouTube, ciri ini masih di dalam peringkat pembangunan dan hanya pencipta kandungan terpilih dapat menggunakannya. Alternatif, anda boleh buka laman Google Gemini untuk menjana imej latar belakang dan gunakan pada YouTube Shorts.

Komen