Carian
Lebih Sejuta Rakyat Malaysia Telah Lengkapkan Pembelajaran “AI Untuk Rakyat”
June 6, 2024 Aman

Pada awal tahun 2024 ini, kerajaan telah memperkenalkan program pembelajaran kendiri berkenaan kecerdasan buatan, dinamakan “AI Untuk Rakyat”. Melaluinya, ia memberikan pengetahuan asas berkaitan kecerdasan buatan, sekaligus memastikan rakyat tempatan bersedia dengan ledakan baharu arena teknologi berkenaan.

Kini, selang hampir 6 bulan sejak dilancarkan, Menteri Digital berkongsi memaklumkan lebih sejuta rakyat Malaysia telah melengkapkan pembelajaran “AI Untuk Rakyat” setakat ini. Ini sekaligus mengatasi matlamat asal yang menyasarkan sekitar sejuta orang melengkapkan pembelajarannya dalam tempoh setahun.

Angka ini dapat dicapai dengan sokongan Jabatan Perkhidmatan Awam yang memastikan 100% kakitangannya melengkapkan program ini, selain turut disertai oleh sokongan Kementerian Pendidikan yang mengalakkan penglibatan meluas. Kerajaan juga telah menyediakan insentif berbentuk kemasukan percuma ke Pusat Sains Negara bagi mereka yang berjaya melengkapkan pembelajaran “AI Untuk Rakyat” ini.

Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh ke laman “AI Untuk Rakyat”, dan mengikuti pembelajaran kendiri, sekaligus turut berpeluang mendapatkan tiket masuk percuma ke Pusat Sains Negara dengan melengkapkannya.

Komen