Samsung Odyssey OLED, Smart Monitor dan ViewFinity 2024 Kini Boleh Dipesan – Harga Bermula RM1138
June 6, 2024
Samsung
Effi Saharudin
Semalam kami laporan Samsung melancarkan beberapa monitor Odyssey OLED, Smart Monitor dan ViewFinity model tahun 2024. Hari ini Samsung Malaysia mula membuka pratempahan untuk beberapa model terpilih di Malaysia. Senarai model monitor dan harga jualannya adalah seperti di bawah.
| Model | Harga Pratempahan | Harga Sebenar |
| Samsung Odyssey OLED G8 (32″) | RM 5399 | RM 6399 |
| Samsung Odyssey OLED G6 (27″) | RM 3999 | RM 4999 |
| Samsung Smart Monitor M8 M80D (32″) | RM 2888 | RM 3488 |
| Samsung Smart Monitor M7 M70D (32″) | RM 1588 | RM 1788 |
| Samsung Smart Monitor M5 M50D (32″) | RM 1138 | RM 1288 |
| Samsung ViewFinity S7 S70D (32″) | RM 1499 | RM 1699 |
| Samsung ViewFinity S7 S70D (27″) | RM 1249 | RM 1399 |
Tempoh pratempahan adalah sehingga 16 Jun in dengan potongan harga sehingga RM1000 bergantung kepada model yang ditempah. Untuk maklumat lebih lanjut serta terma dan syarat pembelian sila ke pautan di bawah.
[sumber] Samsung Malaysia [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.