Carian
HTC
HTC Akan Melancarkan Peranti Baharu Pada 12 Jun
June 7, 2024 Effi Saharudin

HTC masih lagi belum mati dan pagi ini akaun media sosial mengumumkan akan melancarkan sebuah telefon pintar baharu pada 12 Jun hadapan. Tiada maklumat mengenai peranti ini dikongsi atau pernah tertiris ke arena web. Imej acah yang dimuat naik sekadar memberikan petunjuk ia peranti di bawah siri U.

Kali terakhir peranti siri ini dilancarkan ialah HTC U23 Pro yang merupakan sebuah telefon pintar kelas pertengahan. Dalam imej di atas, rekaan peranti adalah mirip dengan U23 Pro maka bolehlah diramalkan U24 pula akan dilancarkan minggu depan. HTC kini bukan lagi antara lima pengeluar peranti terbesar di dunia.

Pernah suatu ketika mereka berada di tangga teratas dan bertanggungjawab membina telefon Android pertama. Mereka memperkenalkan inovasi seperti telefon tubuh logam sepenuhnya, speaker stereo menembak ke depan, video bergerak bersama gambar diambil dan kamera 3D. Kerana persaingan sengit dari pengeluar China, mereka telahpun menarik diri dari pasaran Malaysia dan menumpukan perhatian kepada pengeluar set kepala VR.

Komen