Carian
Gambar Samsung Galaxy Buds3 Pro Bertangkai Tertiris
June 10, 2024 Effi Saharudin

Kami laporkan beberapa minggu lalu Samsung Galaxy Buds3 Pro akan hadir dengan rekaan bertangkai. Sejak dari dahulu Samsung menggunakan rekaan putik audio kecil bagi membezakannya dengan AirPods tetapi menerusi imej yang ditiriskan oleh @evleaks hari ini ia mengesahkan ura-ura yang didengari.

Imej yang dikongsi disorokkan dengan kesan mozek di Photoshop tetapi jelas dapat dilihat tangkap pada putik audio yang digunakan. Secara peribadi kami tidak rekaan apa yang digunakan asalkan pengalaman audio yang diberikan adalah mantap. Semua pengeluar mengambil inspirasi antara satu sama lain untuk menghasilkan produk yang mendapat perhatian orang ramai.

Samsung Galaxy Buds3 Pro akan dilancarkan serentak dengan Z Fold6, Z Flip6, Galaxy Watch6 dan Galaxy Ring pada bulan Julai depan. Bagi peminat produk Samsung apakah pula pendapat anda mengenai rekaan baharu Buds3 Pro ini?

Komen