Cari @ Amanz

Poco M6 4G Rasmi Dengan Cip Helio G91 Ultra Dan Kamera 108MP

Link Copied!

Poco M6 telah diumumkan sebagai peranti LTE baharu dengan spesifikasi yang mirip seperti Redmi 13. Perubahan hanya boleh dilihat pada penjenamaan Poco yang digunakan di panel belakang peranti. Ia juga disediakan dalam tiga pilihan warna seperti Black, Purple dan Silver.

Untuk spesifikasi Poco M6 menggunakan skrin LCD FHD+ 6.79″ dengan kadar segar semula 90Hz. Cip MediaTek Helio G91 dengan memori 8GB LPDDR4X RAM dan storan 256GB (eMMC 5.1) digunakan sebagai tunjang utama. Selain turut menjalankan sistem operasi terkini HyperOS yang dibina berasakan Android 14.

Sistem kamera utama terdiri dengan 108MP Samsung ISOCELL HM6 bersaiz 1/1.67″ dan 2MP makro. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 13MP yang diletakkan dalam lubang kecil di skrin hadapan. Ciri lain yang ada pada telefon ini ialah bateri 5030mAh, sistem pengecasan 33W, bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.4 dan pengimbas cap jari sisi.

Poco M6 dipasarkan dengan harga USD 129 (~RM608.75) untuk variasi 6/128GB. Kemudiannya meningkat pada USD 149 (~RM703.13) untuk variasi 8/256GB sebuah.


Komen ()