Carian
Apple Umum macOS Sequoia – Hadir Dengan Sokongan Berinteraksi Terus Ke iPhone
June 11, 2024 Aman

Pada acara WWDC 2024, selain fokus terhadap sistem operasi iOS, pihak Apple turut mengumumkan beberapa perkara baru melibatkan sistem operasi untuk MacBook, iaitu macOS.

macOS generasi baharu yang bakal menyusul kelak dinamakan sebagai macOS Sequoia – sekaligus meneruskan kaedah penamaan yang khusus digunakan Apple untuk sistem operasi komputer macOS.

Beberapa perkara baharu dirancang untuk diperkenalkan bersama macOS Sequoia. Salah satunya adalah keupayaan untuk menghubungkan iPhone ke sistem operasi macOS Sequoia, dan seterusnya mengakses dan mengawal iPhone terus melalui Mac. Ini termasuk untuk melihat notifikasi dan juga mengakses aplikasi pada iPhone berkenaan melalui skrin macOS.

Disamping itu, Apple turut memperkenalkan aplikasi pengurusan kata laluan melalui macOS Sequoia, dan kebolehan menggunakan Apple Pay melalui pelayar web pihak ketiga. Kemaskini kecil turut diperkenalkan pada pelayar web Safari dengan beberapa ciri seperti kemudahan mendapatkan maklumat daripada sesuatu laman web dengan mudah.

macOS Sequoia dijangka diperkenalkan kepada umum kelak dalam beberapa bulan lagi, untuk pengguna Mac, secara percuma.

Komen