Carian
AMD
AMD Ryzen AI 300 Tidak Akan Menyokong Sistem Operasi Microsoft Windows 10
June 11, 2024 Nazrin

Microsoft akan menamatkan sokongan rasmi untuk sistem operasi Windows 10 mereka menjelang penghujung 2025, tetapi kini nampaknya AMD akan menamatkan sokongan mereka untuk sistem operasi tersebut lebih awal lagi, khususnya untuk siri CPU komputer riba terbaru mereka.

Terkini ia telah dilaporkan bahawa AMD, khususnya siri CPU AMD Ryzen AI 300 tidak akan menyokong penggunaan sistem operasi Windows 10 apabila komputer riba yang dikuasakan cip pemprosesan tersebut dilancarkan.

Melalui laman web produk AMD Ryzen AI 300, ia diperlihatkan bahawa cip pemprosesan ini hanya akan menyokong sistem operasi Windows 11, Red Hat Enterprise Linux dan juga Ubuntu Linux. Bagi anda yang mahu menggunakan komputer riba AMD untuk tujuan gaming, sokongan sistem operasi Windows 11 dan Ubuntu adalah mencukupi.

Komen