CIMB hari ini telah pun membuang aplikasi CIMB Clicks daripada gedung aplikasi Google Play Store dan juga Apple App Store, sekaligus membuatkan tiada sebarang muat-turun baharu untuk aplikasi perbankan berkenaan. Sebagai alternatif, CIMB meminta pengguna mula menggunakan aplikasi generasi baharu, CIMB OCTO.

Untuk pelanggan sedia ada, CIMB Clicks boleh terus digunakan tanpa masalah buat masa ini. Pihak CIMB masih belum mengumumkan penamatan penuh untuk aplikasi CIMB Clicks lagi.
Bagi anda yang menggunakan CIMB, mungkin sudah boleh memulakan peralihan ke aplikasi CIMB OCTO secara berperingkat. Selain CIMB, pihak Maybank juga turut telah mengumumkan akan menamatkan penawaran aplikasi Maybank2U tidak lama lagi.