Carian
Blackmagic URSA Cine Immersive Dilancarkan Dengan Kemampuan Rakaman Video 3D Spatial Apple
June 12, 2024 Fahim Zahar

Semalam Canon telah mengumumkan lensa khas untuk merakam video spatial 3D Apple untuk digunakan bersama Canon EOS R7. Baru-baru ini, Blackmagic Design pula mengumumkan kamera profesional URSA Cine Immersive untuk merakam video yang sama.

URSA Cine Immersive dilengkapi dengan dwi-sensor 8K dengan lensa 3D stereoskopik yang menyokong sudut pandangan 180 darjah. Setiap sensor boleh merakam video 3D beresolusi  8160 x 7200 pada kadar 90 FPS dengan 16 titik henti jurang dinamik ketepatan warna.

Skrin LCD 5-inci dengan paparan HDR untuk pemantauan turut terbina bersama dengan port sambungan 12G-SDI out, 10G Ethernet, USB-C, XLR, serta Lemo 8-pin untuk kuasa.

Kamera ini turut mempunyai storan 8TB Blackmagic Media Module terbina yang boleh menyimpan 2 jam video 3D 8K dalam format Blackmagic RAW. Sokongan storan awan melalui Cloud Store turut dibolehkan dan majoriti tubuh kamera ini dibina dengan aloi dan kulit polikarbonat gentian karbon.

Bersama-sama dengan kamera ini, aplikasi DaVinci Resolve turut dikemaskini bagi menyokong suntingan video 3D serta sokongan menonton video dirakam pada Vision Pro. Harga jualan masih belum diumumkan tetapi dianggarkan lebih kurang sama dengan URSA Cine 12K iaitu sekitar RM70,739.

Komen