Carian
Rekaan Nothing CMF Phone (1) Dengan Tombol Berputar Fizikal Tertiris
June 12, 2024 Amy Maizuraa

Beberapa imej acah daripada CMF by Nothing memberikan petunjuk telefon pertama keluaran mereka akan mempunyai ciri unik yang tidak ada pada peranti lain. Jika Nothing menawarkan telefon dengan lampu di panel belakang, telefon CMF by Nothing pula mempunyai butang tombol fizikal.

Gambar sebenar Nothing CMF Phone (1 ) telahpun tertiris ke arena web hari ini mendedahkan rekaan telefon yang unik ini. Butang berputar diletakkan pada bucu bawah kanan peranti dengan tubuh peranti pula dalam warna oren CMF. Terdapat sebuah skru pada sisi kiri peranti yang dikatakan boleh disambungkan kepada aksesori yang akan ditawarkan oleh CMF.

Dapat juga dilihat penggunaan dwi-kamera sahaja di bahagian belakang seakan Nothing Phone (1). Ura-ura lain mengenai CMF Phone (1) ialah ia dilengkapi skrin skrin 6.7″ OLED, dijana cip Dimensity 7200, memori 6GB RAM, storan 256GB, kamera utama 50+50 MP, kamera swafoto 16MP dan bateri 5000 mAh dengan pengecasan 33W.

Komen