Carian
Apple Mengatasi Microsoft Sebagai Syarikat Paling Bernilai Di Dunia
June 12, 2024 Aman

Apple hari ini mengatasi Microsoft dari segi nilai pasaran syarikat, sekaligus menjadikan ia sebagai syarikat yang paling bernilai di dunia. Sebelum ini, Microsoft menerajui senarai dengan nilai pasaran melangkaui $3 trilion.

Melalui nilai pasaran semasa, Apple kini bernilai $3.312 trilion, sementara Microsoft di tangga kedua dengan nilai $3.254 trilion. NVIDIA pula menduduki tangga ketiga dengan nilai pasaran $3.117 trilion.

Apple pada minggu ini telah mengumumkan penyertaan mereka dalam arena kecerdasan buatan melalui Apple Intelligence yang akan diintegrasikan pada pelbagai peranti mereka melalui kemaskini perisian dan sistem operasi akan datang.

Ini sekaligus memperlihatkan pelbagai pelabur yakin dengan Apple, membawa kepada peningkatan nilai saham syarikat teknologi tersebut.

Komen