Carian
Kasut Samsung Shortcut Sneakers Dihasilkan – Boleh Mengawal Peranti Galaxy
June 13, 2024 Fahim Zahar

Samsung tahun ini akan menjadi semakin serius dalam arena peranti boleh pakai. Bukan sahaja Galaxy Ring akan dilancarkan tidak lama lagi, peranti boleh pakai Samsung turut akan diintegrasikan dengan ciri Galaxy AI. Terbaru, Samsung Nederland telah hadir dengan kasut Shortcut Sneakers yang boleh mengawal peranti Galaxy.

Samsung bekerjasama dengan Cheil Benelux, Elitac Wearables, Brut Amsterdam, dan pereka kasut ternama Roel van Hoff untuk Shortcut Sneakers. Kasut ini boleh mengawal peranti Galaxy mengikut pergerakan kaki dengan sensor pergerakan terbina pada tapak. Lima pergerakan berbeza boleh ditetapkan seperti Moonwalk akan melakukan panggilan telefon, menari akan memainkan muzik dan banyak lagi.

Samsung Shortcut Sneakers sayang sekali bukan untuk dijual. Ia direka dan dibangunkan khusus untuk ahli Samsung Members di Netherland. Hanya enam ahli bertuah akan menerimanya dalam satu pertandingan khas melalui aplikasi Samsung Members. Harapnya Samsung Malaysia nanti akan menawarkan satu pertandingan yang eksklusif seperti ini.

Komen