Carian
Xiaomi, Oppo Dan Vivo Mula Meminta Pembangun Fokus Kepada Android 15
June 13, 2024 Fahim Zahar

Google telah pun memperkenalkan Android 15 untuk peranti Pixel dan beberapa peranti Android lain yang terpilih. Banyak ciri menarik bakal diperkenalkan seperti peranti boleh dikenalpasti jika dirompak, integrasi sistem sekuriti dengan AI dan banyak lagi. Walaupun Android 15 masih di peringkat pembangunan, Xiaomi, Oppo dan Vivo mula meminta pembangun aplikasi fokus kepada sistem operasi baharu ini.

Masing-masing telah mengeluarkan panduan untuk pembangun membangunkan aplikasi yang sesuai dijalankan pada HyperOS, ColorOS dan OriginOS/Funtouch OS. Ketiga-tiga pengeluar peranti China ini turut meminta pembangun mengikut jadual pengeluaran Android 15 yang dijangka versi stabil akan sedia selepas bulan Julai. Ini juga bukan kali pertama Xiaomi, Oppo dan Vivo mempunyai kata sepakat dalam ekosistem Android. Sebelum ini mereka bekerjasama untuk sistem pemindahan data rentas jenama.

Komen