Carian
Honor X6b Dilengkapi Cip Helio G85, Kamera 50MP Dan Skrin 90Hz
June 14, 2024 Amy Maizuraa

Honor melancarkan peranti baharu X6b dengan empat fokus utama iaitu bateri berkapasiti besar, storan yang memadai, kamera 50MP dan skrin 90Hz. Ia juga boleh menjadi pengganti kepada Honor X6 dan X6a yang diumumkan beberapa tahun sebelum.

Untuk spesifikasi, Honor X6b dilengkapi skrin TFT LCD sebesar 6.56-inci dengan kadar segar semula HD+. Ia kemudiannya dijana oleh cip MediaTek Helio G85, memori 6GB RAM (+6GB RAM Maya) dan storan dalaman mencapai 256GB. Melengkapinya juga perisian terkini MagicOS 8.0 berasaskan Android 14 yang diyakini mampu meningkatkan pengalaman penggunaan ke tahap lebih baik.

Dwi-kamera digunakan terdiri dengan 50MP (f/1.8) utama dan 2MP (f/2.4) untuk kedalaman. Kamera swafoto pula sebesar 5MP dan diletakkan dalam takuk kecil di skrin hadapan. Bateri 5200mAh disertakan boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan 35W. Tiada butiran mengenai harga dan ketersediaan didedahkan pada waktu ini.

Komen