Dua bulan lepas, telah kami laporkan yang Infinix pula bersedia untuk menyertai arena telefon dengan skrin boleh-lipat. Selepas Tecno membuktikan kepada dunia yang fon lipat tidak kira yang macam buku atau jenis boleh-katup boleh dijual pada harga mampu milik berbanding pesaing. Baru-baru ini, Infinix Zero Flip telah tertiris dan dijangka adalah Tecno Phantom V2 Flip yang dijenama semula.

Perkara ini tidak terkejut kerana Tecno dan Infinix adalah jenama di bawah Transsion. Skrin luar Zero Flip dilihat menggunakan saiz besar dengan dua kamera terbina bersama dengan LED flash. Butiran lain yang didedahkan adalah Zero Flip akan hadir dalam warna Titanium Black, memori 8GB RAM + storan dalaman 512GB dan menyokong pengecasan pantas 70W. Peranti ini dijangka akan dilancarkan di China pada bulan Julai, sama-sama kita nantikan informasi sama ada adakah peranti ini akan dilancarkan di peringkat global atau pun tidak.