Carian
VPN By Google One Akan Ditamatkan 20 Jun Ini, Kemas Kini Baharu Menjadi Eksklusif Untuk Pixel
June 14, 2024 Fahim Zahar

VPN By Google One adalah ciri rangkaian peribadi maya oleh Google untuk semua pengguna yang melanggan pelan pelan premium 2TB. Ia boleh digunakan di 22 negara dan bermula 20 Jun akan datang, perkhidmatan ini akan ditamatkan. Ia akan digantikan dengan VPN By Google khusus untuk pengguna peranti Pixel terpilih.

Pengguna Google Pixel 7, 7 Pro, 7a, Fold, Pixel 8, Pixel 8 Pro dan Pixel 8a boleh memanfaatkan ciri ini jika anda berada di 22 negara yang disenaraikan. Ciri ini akan terus terpapar dalam peranti selepas kemas kini dilakukan pada Play Store. Perkhidmatan VPN ini boleh diakses melalui talam notifikasi atau dari dalam tetapan sistem peranti. Pengguna Pixel akan masih boleh menggunakan ciri ini secara percuma tanpa sebarang langganan. Sementara pengguna lain kini perlu mencari alternatif seperti NordVPN, Express VPN dan lain-lain.

Komen