Carian
Rekaan Starlink Mini Tertiris Dengan Antena Lebih Kecil
June 18, 2024 Effi Saharudin

Perkhidmatan internet satelit Starlink mengubah kehidupan penduduk pedalaman di Malaysia sejak mula beroperasi hampir setahun lalu. Ia juga berguna di medan perang seperti konflik Ukraine-Rusia dan juga ditawarkan dalam kapal terbang Qatar Airways untuk pengalaman internet sehingga 500Mbps. Kelak, Starlink akan menyasarkan pula pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan mereka ketika berkhemah dengan Starlink Mini.

Rekaan Starlink Mini telah tertiris dengan antena hanya sebesar 11.4″ x 9.8″ yang lebih kecil berbanding 23.4″ x 15″ pada antena yang digunakan sekarang. Antena baharu ini hanya sebesar sebuah komputer riba yang memudahkan ia disimpan di dalam beg sandang. Router juga terbina terus pada antena dan tidak ditawarkan berasingan.

Oleh itu pelanggan yang ingin berkhemah, memancing atau yang ingin menggunakannya di dalam kereta masih boleh menggunakan Starlink tanpa perlu risau membawa antena yang besar. Tiada maklumat bila Starlink Mini akan mula ditawarkan kepada pelanggan yang berminat.

Komen