Carian
Mozilla Mengambil-Alih Anonym – Firma Pengiklanan Dengan Fokus Terhadap Privasi
June 18, 2024 Aman

Mozilla kini mengumumkan pengambil-alihan sebuah firma memfokuskan kepada pengiklanan digital, iaitu Anonym. Salah satu kelebihan yang dibawakan oleh Anonym berbanding pelbagai syarikat lain di luar sana adalah fokus terhadap privasi, selari dengan peralihan industri pengiklanan daripada penggunaan penjejak dan sebagainya.

Dengan lebih ramai yang kini memfokuskan kepada privasi, dan ingin mengelak pelbagai jenis penjejak, langkah pengambil-alihan Anonym ini dilihat akan mengukuhkan lagi kedudukan Mozilla dalam arena tersebut.

Mozilla mengatakan mereka kini menerajui perubahan landskap digital untuk platform, pengiklan dan juga pengguna. Mozilla menyatakan akan mengintegrasikan Anonym pada keluarga Mozilla. Untuk makluman, Mozilla turut mempunyai beberapa perkhidmatan lain, termasuk Pocket yang memfokuskan pada kandungan.

Dengan Firefox sendiri telah mula mengintegrasikan penghalang penjejak dan fokus terhadap privasi, sama-sama kita nantikan bagaimanakah Anonym ini akan terus melengkapkan lagi penawaran Mozilla.

Komen