Seperti kami laporan sebelum ini, DJI kelak mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat menerusi Akta Menentang Dron CCP. Akta ini telahpun melepasi Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dengan 217 undi bersetuju dan 199 pula menentang. Ia seterusnya akan dibentangkan pula di lantai Senat Amerika Syarikat bagi mendapat kelulusan sebelum ditandatangani oleh Presiden Biden untuk di berkuat kuasa.

DJI mengeluarkan kenyataan kecewa akta ini melepas Dewan Perwakilan menerusi “maklumat salah dan yang menakut-nakutkan pengguna” mengenai risiko privasi menggunakan dron mereka. Jika dron mereka diharamkan ia akan mendatangkan impak kepada DJI yang pada ketika ini memegang 70% pasaran dron untuk kegunaan awan di dunia.
Sejak tiga tahun lalu penggunaan dron DJI oleh anggota tentera A.S telahpun diharamkan khususnya di kawasan berhampiran markas. Maklumat GPS dan kamera didakwa boleh digunakan untuk mengintip oleh China. Pihak DJI menyangkal dakwaan ini dan mengatakan terdapat mod luar talian yang tidak menyimpan data GPS dan privasi pengguna jika tidak mahu ia disimpan.