Carian
Motorola Razr+ 2024 Tertiris Dengan Kamera Telefoto Dan Moto AI
June 20, 2024 Fahim Zahar

Motorola Razr+ adalah telefon-katup mercu yang menarik dengan skrin luar yang besar, serta perisian yang baik. Tahun ini mereka akan melancarkan versi 2024 pula dan beberapa butiran peranti telah tertiris. Walaupun rekaan nampak lebih kurang sama, kamera dan perisian dikatakan adalah lebih baik.

Pertama adalah skrin luar dengan bezel lebih nipis, kemudian terdapat kamera telefoto yang jarang ditawarkan pada telefon-katup. Razr+ 2024 turut akan menyokong perlindungan IPX8 seakan peranti-lipat Samsung tetapi tidak lagi menyokong perlindungan daripada habuk seperti generasi sebelum dengan IP52. Akhir sekali adalah Moto AI iaitu teknologi kecerdasan buatan generatif yang diintegrasikan ke dalam kamera, antaramuka sistem, carian dan banyak lagi.

Motorola Razr+ 2024 dijangka akan dilancarkan di Amerika Syarikat pada minggu hadapan. Pelancaran di Malaysia masih tidak diketahui kerana sejak tahun lepas Motorola Malaysia masih mempertimbangkannya. Sama-sama kita nantikan.

Komen