Carian
Starlink Mini Mula Ditawarkan Untuk Akses Internet Satelit Mudah Alih
June 21, 2024 Effi Saharudin

Selepas rekaan Starlink Mini tertiris beberapa hari yang lalu, ia akhirnya mula ditawarkan kepada pelanggan terpilih sejak semalam. Starlink Mini menggunakan antena satelit yang lebih kecil sebesar sebuah komputer riba 13″ dan direka untuk mudah dibawa kemana-mana sahaja seperti pergi berkhemah di pedalaman.

Pada ketika ini Starlink Mini hanya ditawarkan kepada pelanggan Starlink sedia ada sahaja di Amerika Syarikat. Ia boleh dibeli pada harga $599 sebuah dengan langganan $30 sebulan yang menawarkan kelajuan sehingga 100 Mbps serta kuota data 50GB . Apabila kehabisan data, $1 dikenakan untuk setiap 1GB tambahan.

Masih tidak diketahui bilakah Starlink Mini akan dijual secara terbuka dan akan ditawarkan kepada pengguna global.

Komen