Carian
Rekaan Samsung Galaxy Buds3 Pro Bertangkai Tertiris Lagi
June 21, 2024 Effi Saharudin

Dua laporan yang kami terbitkan sebelum ini menunjukkan TWS terkini Samsung Galaxy Buds akan mempunyai rekaan bertangkai seperti AirPods. Hari ini rekaan Samsung Galaxy Buds3 Pro yang paling jelas dengan tangkai akhirnya tertiris sepenuhnya.

Perubahan bukan sahaja dilakukan pada putik audio bertangkai tetapi juga pod simpanan merangkap pengecasnya yang kini juga mirip AirPods. Perbezaan hanyalah bahagian penutup Buds3 Pro adalah lutsinar. Di hadapan terdapat satu lampu LED yang menunjukkan tahap pengecasan bateri dan status tambatan bluetooth.

Pada putik audio turut dapat dilihat sensor yang mengesan sentuhan skrin bagi membolehkan muzik dijeda apabila ia ditanggalkan daripada telinga. Rekaan putik audio dan juga pod pengecas Buds3 Pro nampak bergaya. Fon telinga ini akan dilancarkan bersama Galaxy Z Fold6, Galaxy Z Flip6 dan jam tangan Galaxy Watch7.

Komen