Carian
iOS 18 Akan Memudahkan Aksesori Pihak Ketiga Dipadankan Di iPhone Seperti AirPods
June 21, 2024 Effi Saharudin

Proses memadankan aksesori baharu pada iPhone akan dipermudahkan lagi menerusi API AccessorySetupKit di iOS 18. Menerusi AccessorySetupKit, pembangun aksesori akan dapat mengakses ciri memadankan perkakasan mereka dengan mudah seperti aksesori keluaran Apple sendiri.

Apabila aksesori pihak ketika diaktifkan buat pertama kali, ia akan dapat dikesan secara automatik oleh iPhone dengan iOS 18 lengkap dengan imejnya pada skrin peranti. Pemilik kemudian hanya perlu menekan satu butang sahaja untuk melakukan tambatan untuk sebuah fon kepala misalnya. Selama ini sistem tambatan pantas ini hanya boleh digunakan oleh aksesori keluaran Apple seperti AirPods dan Apple Watch sahaja.

iOS 18 akan diberikan kepada lebih 20 iPhone yang disokong sekitar September depan. Kami sudah menghasilkan artikel yang menyenaraikan 18 ciri baharu menarik iOS 18 seperti memperibadikan lagi skrin hadapan dan kemampuan Apple Intelligence.

Komen