Di WWDC awal bulan yang lalu Apple mengumumkan beberapa penambahbaikan kepada aplikasi suntingan video Final Cut Pro untuk Mac dan juga iPad dengan cip Apple Silicon. Hari ini aplikasi Final Cut Pro for Mac 10.8 dan Final Cut Final Cut Pro for iPad 2 akhirnya boleh dimuat turun.

Final Cut Pro for Mac 10.8 membawakan beberapa ciri yang menggunakan kemampuan enjin neural pada cip Apple Silicon seperti Enhance Light and Color dan Smooth Slo-Mo. Sementara itu Final Cut Final Cut Pro for iPad 2 pula hadir dengan ciri memproses projek yang disimpan dalam storan SSD tanpa ia perlu diimport terlebih dahulu ke storan dalaman. Sokongan Apple Pencil baharu dengan ciri seperti Barrel Roll juga turut disertakan.
Kemampuan Final Cut Camera juga akhirnya diaktifkan dengan ia membolehkan video yang distrim daripada empat iPhone atau iPad disunting secara langsung dari dalam aplikasi. Ini akan membolehkan penstriman video dilakukan oleh seorang sahaja individu untuk kawalan kamera multi arah secara setempat.
Final Cut Pro for iPad 2 dan Final Cut Pro for Mac 10.8 boleh dimuat turun percuma oleh pelanggan sedia ada. Bagi yang belum memilikinya Final Cut Pro for iPad 2 ditawarkan pada harga RM22.90 sebulan atau RM199 setahun menerusi App Store. Final Cut Pro for Mac 10.8 pula boleh dibeli menerusi Mac App Store pada hagra RM1,299.90.