Carian
Netflix Pertimbangkan Penawaran Versi Percuma Di Asia
June 24, 2024 Aman

Netflix kini dilaporkan mempertimbangkan untuk hadir dengan versi perkhidmatan penstriman percuma di beberapa pasaran, terutamanya di Asia dan Eropah. Dengan langkah ini, Netflix akan dapat terus menambah bilangan pengguna, dan ia boleh digunakan untuk menjual pengiklanan melalui platform mereka.

Perkhidmatan percuma ini dijangka akan membolehkan Netflix mencapai lebih ramai pengguna – terutamanya di pasaran yang tidak mampu untuk melanggan perkhidmatan, atau dimana siaran TV percuma masih popular. Namun, Netflix masih tidak begitu kukuh dalam arena pengiklanan – yang akan membawa kepada satu lagi cabaran berbeza.

Sebagai perbandingan, pelbagai perkhidmatan penstriman video yang dibangunkan di Asia sering hadir dengan versi percuma dan berbayar – dimana versi percuma ditanggung melalui paparan pengiklanan.

Buat masa ini, perkhidmatan penstriman seperti Amazon dan Disney pula menggunakan kaedah berbeza, dimana mereka mengaktifkan iklan untuk semua pengguna, dan pengguna perlu membayar lebih untuk mengelak daripada menonton iklan.

Sebelum ini sendiri, Netflix pernah menguji penawaran versi percuma dengan kandungan terhad. Namun, ujian berkenaan dihentikan selepas seketika. Sama-sama kita nantikan pengenalan variasi akaun berbeza Netflix untuk beberapa rantau bergerak ke hadapan, terutamanyd di Asia. 

Komen