Carian
Apple Disiasat Suruhanjaya Eropah Kerana Didakwa Melanggar Akta DMA
June 24, 2024 Effi Saharudin

Suruhanjaya Eropah (EC) hari ini mengumumkan merekan akan memulakan siasatan ke atas Apple kerana didakwa melanggar Akta Pasaran Digital (DMA) .Yang menjadi tumpuan siasatan ialah amalan di Apple Store yang menghalang pembangun menawarkan pautan mengenai pembayaran alternatif untuk perkhidmatan mereka.

Disamping itu, EC juga memulakan siasatan ke atas amalan Apple meminta bayaran untuk setiap pemasangan aplikasi menerusi stor pihak ketiga mematuhi DMA. Bayaran Core Technology Fee yang diambil Apple dikatakan adalah untuk melakukan pemeriksaan ke atas aplikasi bagi memastikan ia selamat digunakan. Ada pembangun yang merungut ini akan membuatkan kos yang tinggi ke atas mereka dan menjadikan stor alternatif yang diberikan tidak menguntungkan

EC kini memberikan masa kepada Apple untuk kesemua penemuan yang dikatakan melanggar DMA. Sekiranya didapati bersalah, Apple boleh dikenakan denda sehingga 10% pendapatan tahunan mereka dan meningkat ke 20% pendapatan tahunan sekiranya mengulangi kesalahan yang sama.

Apple sebelum ini mengumumkan tidak akan memberikan ciri Apple Intelligence, iPhone Mirroring, dan SharePlay Screen Sharing di negara-negara EU kerana isu dengan DMA. Menerusi DMA, sebarang ciri baharu yang tidak memberikan akses kepada pihak ketiga tidak boleh ditawarkan kepada pengguna. Ini bagi memastikan amalan anti monopoli tidak dilakukan oleh syarikat yang dilabel sebagai “gatekeeper”.

Komen