Catcha Digital kini mengumumkan kerjasama dengan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan dalam membentuk sebuah usahasama media digital baharu, dinamakan KS Lagi. Usahasama ini dijangka akan mengabungkan kepakaran dan kelebihan capaian kedua-dua pihak – Catcha Digital melalui pelbagai medium sedia ada, selain Keluar Sekejap sendiri yang sedia mempunyai capaian tinggi dalam arena podsiar di Malaysia.

Pada masa yang sama, Catcha Digital juga akan membantu perniagaan Keluar Sekejap sedia ada dari segi komersil. Catcha Digital sebelum ini sedia mengambil-alih iMedia pada nilai RM44 juta dalam usaha mengukuhkan kedudukan dalam arena media digital, dan kini mempunyai capaian sehingga 20 juta pengguna setiap bulan melalui rangkaian mereka.
KS Lagi dijangka akan memfokuskan kepada kandungan yang bukan sahaja melibatkan politik, tetapi merangkumi pelbagai topik yang lain. Pada hari ini, Keluar Sekejap sendiri sedia mempunyai perbincangan melibatkan gaya hidup muslim, selain podsiar khusus memfokuskan arena bola sepak.
KS Lagi ini dijangka akan dilancarkan secara rasminya pada pertengahan kedua 2024 ini.