Carian
Apple Melancarkan Podsiar Yang Memerlukan Langganan Apple TV+
June 25, 2024 Fahim Zahar

Tiga tahun lepas, Apple mula menawarkan Apple Podcast Subscriptions di Malaysia. Ia membolehkan pengguna menstrim podsiar tanpa sebarang iklan dan boleh mendengar kesemua episod awal berbanding tunggu sama ada harian atau mingguan. Terbaru, Apple memperkenalkan kandungan podsiar yang memerlukan langganan Apple TV+ pula.

Podsiar ini adalah My Divo yang mempunyai lapan episod menceritakan kisah Juan Gabriel yang turut dikenali sebagai El Divo de Juárez. Beliau adalah seorang penulis lagu dan penyanyi dari Mexico. Podsiar ini disampaikan oleh Maria Garcia iaitu wartawan Mexico. Apa yang menariknya, podsiar ini memerlukan langganan Apple TV+ jika pengguna ingin mendengar kesemua lapan episod. Jika tidak ia perlu ditunggu secara mingguan.

Buat masa ini, My Divo dihadkan untuk pengguna di Amerika Syarikat dan Mexico sahaja. Di Malaysia, podsiar ini langsung tidak ditawarkan mungkin kerana artis ini tidak relevan di pasaran Malaysia. Walaupun begitu, tidak lama lagi jika anda sedia melanggan Apple TV+ anda kini layak mengakses pelbagai kandungan Apple Podcast Subscription jika ia adalah sebahagian daripada program Apple TV+ connected subscription.

Komen