Carian
Microsoft Didakwa Oleh EU Kerana Teams Melanggar Akta Anti Monopoli
June 25, 2024 Effi Saharudin

Giliran Microsoft pula didakwa oleh Kesatuan Eropah (EU) kerana penawaran perisian telesidang Teams mereka didapati melanggar akta anti monopoli. Penawaran Teams bersama berkas langganan Microsoft 365 dan Office 365 dikatakan adalah usaha Microsoft memonopoli pasaran Perisian Sebagai Perkhidmatan (SaaS) untuk kegunaan profesional.

Walaupun Microsoft tidak lagi menawarkan Teams bersama Microsoft 365 dan Office 365 sejak April lalu, EU merasakan tindakan ini masih tidak mencukupi kerana integrasi Teams yang masih ditawarkan menerusi perisian mereka yang lain. Ini pada pandangan EU memberikan kelebihan yang tidak adil kepada Teams menyebabkan sukar untuk pesaing untuk menawarkan perisian mereka kepada pelanggan Microsoft.

Ini bukan kali pertama Microsoft berhadapan dengan tuduhan memonopoli pasaran. Sebelum ini mereka didenda oleh EU kerana penawaran Internet Explorer dan Windows Media Player yang juga dikatakan menyukarkan pesaing untuk menawarkan produk dengan fungsi yang serupa.

Komen