Carian
Google Akan Mengadakan Acara Khas Untuk Pixel Pada 13 Ogos
June 26, 2024 Effi Saharudin

Peranti-peranti Google Pixel baharu akan dilancarkan secara rasmi pada 13 Ogos ini. Jemputan ke acara mula diterima pengamal media semalam. Pada acara ini dipercayai Google Pixel 9, Pixel 9 Pro, Pixel 9 Pro Fold dan Pixel Watch 3 akan dilancarkan secara rasmi.

Acara tahun ini berlangsung lebih awal berbanding tarikh tradisi pada bulan Oktober. Besar kemungkinan untuk menunjukkan kemampuan peranti Pixel terkini berbanding iPhone yang dilancarkan pada bulan September. Selain peranti fizikal, Google dijangka akan turut berkongsi beberapa ciri baharu dikuasakan kecerdasan buatan pada peranti mereka.

Tidak banyak maklumat diketahui mengenai siri Pixel 9 kecuali penggunaan cip baharu yang dihasilkan oleh Pixel dan bukan lagi oleh Samsung. Ia berlaku sebulan selepas Samsung yang akan melancarkan siri Z Fold6 dan Z Flip6 pada 10 Julai depan di acara Unpacked mereka.

Komen