Carian
Penjejak Objek Moto Tag Dilancarkan Dengan Sokongan UWB dan Google Find My Device
June 26, 2024 Fahim Zahar

Rangkaian Google Find My telah dikemaskini untuk menjadi seakan Apple Find My. Ia kini menyokong penjejakan lebih banyak peranti dan peranti Android lain turut boleh menjadi nod carian untuk mencari peranti atau objek lain dalam rangkaian sama. Antara yang pengguna Android harapkan adalah penjejak objek seakan Apple AirTag. Motorola antara yang terawal memperkenalkan pesaing AirTag untuk ekosistem Android.

Penjejak objek ini diberi nama sebagai Moto Tag. Seperti AirTag, ia menggunakan sistem UWB (Ulra Wide Band) yang boleh menjejak objek dengan jitu serta boleh dilihat lokasi menggunakan Google Find My Device. Setiap data lokasi turut disulitkan dan hanya pemilik atau yang dibenarkan sahaja boleh mengakses data penting. Penjejak objek ini menggunakan bateri CR2032 yang mudah untuk ditukar. Ia turut mempunyai perlindungan IP67.

Keunikan pada Moto Tag yang tiada pada AirTag adalah, penjejak objek ini turut boleh menjadi pengatup kamera jarak jauh dengan mana-mana peranti Android. Di dalamnya turut mempunyai speaker untuk ia berdering apabila berjaya dijejak. Moto Tag buat masa ini hanya dijual di Amerika Syarikat dan Kanada pada harga $29 (~RM136.5) seunit atau berkas 4-unit pada harga $99 (~RM466).

Komen