Carian
Apple Tidak Membenarkan Pelagak Permainan PC Di iOS
June 26, 2024 Effi Saharudin

April lalu Apple mula membenarkan pelagak (emulator) permainan konsol seperti NES, PSP, PlayStation 1 dan Game Boy ditawarkan kepada peranti iOS menerusi Apple Store. Tetapi menurut laporan The Verge, Apple tidak membenarkan pelagak untuk permainan PC ditawarkan pada platform yang sama.

Pembangun pelagak permainan PC iDOS 3 dan UTM SE mengatakan permohonan untuk versi terkini aplikasi mereka di iOS telah ditolak oleh Apple. Sebab yang diberikan ialah garis panduan iOS hanya membenarkan pelagak konsol retro sahaja ditawarkan.

Ini adalah kerana tidak seperti pelagak konsol yang menjalankan kod sendiri, pelagak permainan PC lama menjalankan kod sistem operasi asal. Akibatnya ia boleh menyebabkan berlaku pelanggar harta intelek pemilik sistem operasi asal. Apple tidak berkongsi sama ada garis panduan App Store akan dikemaskini bagi membenarkan penawaran pelagak permainan PC retro di masa hadapan.

Komen