Carian
CEO Baru DNB Mungkin Dilantik Selepas Proses SSA Dilengkapkan – Gobind Singh Deo
June 26, 2024 Nazrin

Digital Nasional Berhad, syarikat disebalik infrastruktur rangkaian internet 5G negara, cukup menariknya masih tiada Ketua Pegawai Eksekutif baru sejak CEO pertama mereka, Ralph Marshall meninggalkan syarikat tersebut selepas kontraknya tamat tempoh pada awal tahun 2023.

Melalui laporan The Star, Gobind Singh Deo, Menteri Digital yang bertanggungjawab keatas syarikat ini telah mengatakan bahawa setakat ini, DNB nampaknya mungkin akan mula memikirkan soal siapakah yang akan mengambil-alih tampuk kepimpinan syarikat tersebut selepas proses perjanjian langganan saham (SSA) lengkap pada penghujung bulan ini.

Beliau mengatakan bahawa apabila proses SSA ini lengkap, lembaga pengarah syarikat tersebut akan bertemu untuk membincangkan tentang hala tuju syarikat, dan salah satu topik yang dijangka akan dibincangkan ialah pelantikan CEO baru untuk mengetuai syarikat tersebut.

Berkenaan dengan pelantikan CEO baru ini juga, Gobind mengatakan lagi bahawa perihal sebarang keputusan pelantikan tidak dibincangkan bersama beliau.

Komen