Carian
Sampel Dari Sisi Jauh Bulan Berjaya Dihantar Ke Bumi
June 26, 2024 Effi Saharudin

Sampel sisi jauh bulan yang dikutip oleh proba Chang’e 6 pada awal bulan ini akhirnya berjaya dihantar ke bumi. Bekas yang mengandungi sampel ini mendarat di Mongolia Dalam awal pagi semalam menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Agensi Angkasa Kebangsaan China (CNSA).

China menjadi negara pertama yang berjaya mengembalikan sampel daripada permukaan sisi jauh bulan kembali ke bumi. Sebanyak 2 kilogram sampel berjaya dihantar semula dengan ia akan membantu saintis mengkaji asal usul pembentukan bulan dan juga secara tidak langsung pembentukan bumi.

Dengan kejayaan misi Chang’e 6, China akan menghantar pula misi Chang’e 7 pada tahun 2026 dan Chang’e 8 pada tahun 2028. Maklumat yang dikumpul akan membantu China mencari lokasi terbaik untuk markas mereka di permukaan bulan kelak. Seperti Amerika dan Rusia, China juga mempunyai aspirasi untuk menggunakan bulan sebagai batu loncatan melancarkan misi meneroka planet-planet lain seperti Marikh.

Komen