Carian
Kunci Hotel Kini Boleh Ditambah Pada Google Wallet
June 27, 2024 Fahim Zahar

Tiga tahun lepas, aplikasi Apple Walet dikemaskini untuk menyokong kunci pejabat, kad pengenalan digital dan juga kunci hotel. Kini dengan Google Wallet turut mula menyokong banyak ciri lebih kurang sama dengan Apple, mereka juga mula menambah sokongan kunci hotel.

Menurut laman web Google Support, kaedah menambah kunci hotel ke dalam Google Wallet adalah sama dengan cara tambah kad debit atau kredit. Pengguna perlu pergi ke laman web/aplikasi atau ikuti arahan emel untuk tekan butang “Add to Google Wallet”. Selepas selesai, bergantung kepada peranti Android yang anda gunakan selepas peranti dinyahkunci sentuh sahaja belakang peranti ke tombol pintu hotel untuk membukanya.

Sayang sekali, tidak seperti tiket kapal terbang yang majoritinya secara automatik menyokong “Add to Google Wallet” – hotel perlu bekerjasama dengan Google sendiri jika mereka mahukan kunci mereka boleh dimasukkan ke Google Wallet. Setakat ini hanya satu hotel disahkan menggunakan ciri ini iaitu  Clarion Hotel Post di Gothenburg, Sweden.

Komen