Cari @ Amanz

Apple telah melakukan ujian menggunakan Wallet sebagai kad pengenalan pelajar di beberapa universiti di Amerika Syarikat. Pengguna boleh mengakses perpustakaan dan membuka kunci asrama menggunakan iPhone. Kini ciri ini dikembangkan di ke iPhone dan Apple Watch untuk digunakan sebagai kad pengenalan digital atau kad kunci membuka pintu pejabat dan rumah.

Pengguna di Amerika Syarikat boleh mengimbas kad pengenalan seperti lesen memandu dan ia akan disimpan di dalam Wallet. Apple bekerjasama dengan TSA untuk mengiktiraf kad pengenalan digital ini di lapangan terbang Amerika Syarikat terlebih dahulu bagi pembuktian identiti. Data disimpan dalam peranti dan disulitkan bagi mengelakkan penyalahgunaan.

Seterusnya Wallet juga boleh digunakan untuk menyimpan data kad kunci elektronik di rumah dan juga pejabat. Menerusi teknologi NFC, iPhone dan Apple Watch menggantikan kad kunci fizikal untuk membuka pintu. Rangkaian hotel Hyatt juga akan menyokong ciri ini bagi membolehkan kunci pintu hotel dibuka menggunakan dua peranti Apple tanpa memerlukan kad fizikal yang kadang kala hilang atau ternyahmagnet

Dengan usaha ini Apple mengotakan janji mereka tahun lalu untuk menawarkan kehidupan benar-benar digital kepada pengguna ekosistem mereka. Di Jerman langkah pengenalan identiti digital (eID) telah diperkenalkan menerusi inisiatif Samsung. Malaysia turut tidak ketinggalan dengan Identiti Digital Nasional. Sekiranya dilancarkan kerap diharap integrasi ke sistem operasi iOS dan Android secara menyeluruh dapat dilakukan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd