Carian
Google Translate Menambah Sokongan 110 Bahasa Baharu Seperti Iban, Minang dan Jawi
June 28, 2024 Effi Saharudin

Google Translate menambah sokongan 110 bahasa baharu menerusi bantuan model bahasa raya (LLM) PaLM 2. Ini adalah penambahan bahasa paling banyak sejak Translate diperkenalkan pada tahun 2006. Dengan ini Translate kini boleh menyokong 244 bahasa utama dunia dengan sasaran untuk menyokong 1000 bahasa id masa hadapan.

Antara bahasa baharu yang disokong ialah Iban, Banjar, Batak, Minang, Kantonis, dan Bahasa Melayu Jawi. 110 bahasa yang diperkenalkan ini digunakan oleh 614 juta pengguna dunia. Google Translate yang lebih berkemampuan kini boleh diakses menerusi laman web dan aplikasi di Android serta iOS.

Komen