Carian
ZTE
ZTE Voyage 3D Boleh Memaparkan Kandungan 3D Tanpa Cermin Mata Khas
June 28, 2024 Effi Saharudin

Pada tahun 2011 saya ada mengulas LG Optimus 3D dengan ia adalah telefon pintar terawal dengan skrin yang boleh memaparkan kandungan tiga dimensi tanpa memerlukan cermin mata khas. Walaupun hampir 13 tahun sudah berlalu, ZTE Voyage 3D telah dilancarkan di MWC Shanghai semalam.

Ia dilengkapi skrin 6.58″ IPS LCD 120Hz dengan teknologi Neovision 3D Anytime yang membolehkan kandungan 3D ditonton. Teknologi yang sama digunakan pada sebuah Nintendo 3DS. Peranti juga hadir dengan cip Unisoc T760, memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 128GB dan bateri berkapasitii 4,500 mAh yang menyokong pengecasan 33W.

Kamera utama terdiri daripada 50+5 MP dan kamera swafoto pula 5MP. Sistem operasi yang digunakan ialah MyOS13 yang berasaskan Android 13. ZTE voyage 3D hanya dijual di China pada harga RMB 1,499 (~RM973).

Komen