Carian
Nubia Focus 5G Kini Di Malaysia Dengan Harga RM799
June 28, 2024 Fahim Zahar

Nubia Focus adalah siri peranti fotografi kelas asas. Bulan lepas Focus Pro 5G telah dilancarkan dengan harga RM999, terbaru Nubia Focus 5G pula mula dijual di Malaysia dengan harga RM799. Ini secara tidak langsung menjadi peranti fotografi 108MP paling mampu milik di Malaysia.

Peranti ini menggunakan skrin IPS LCD bersaiz 6.56-inci beresolusi HD+ dan menyokong kadar segar semula 120Hz. Ia masih menjalankan Android 13, dijana dengan cip Unisoc T670 6nm yang dipadankan dengan memori 6GB + 10GB memori maya dengan 256GB storan dalaman. Untuk kmera, Focus 5G menggunakan konfigurasi 108+2 Megapixel dan kamera swafoto 5 Megapixel. Sistem kamera menyokong rakaman RAW HDR dan video 4K.

Speaker mono DTS digunakan bersama dengan bicu audio 3.5mm, Bluetooth adalah jenis 5.0, bateri pula 5000mAh dengan pengecasan 33W. Tiada ciri AI generatif tetapi ada ciri AI penjimatan bateri. Nubia turut menyertakan ciri seakan Dynamic Island pada iPhone iaitu Live Island Interactive. Bonggol kamera turut ada gegelung dengan aksen berwarna merah untuk menampakkan peranti ini lebih premium. Nubia Focus 5G dijual di Malaysia pada harga RM799 secara eksklusif di Shopee Nubia.

Komen