Contemporary Amperex Technology Company Limited atau lebih dikenali sebagai CATL ialah pengeluar bateri terkemuka dunia yang membekalkan bateri kepada Tesla, BWM, BYD, Volvo dan banyak lagi. Selepas berjaya mengusai pasaran bateri kenderaan elektrik (EV), CATL ingin mengusai pula industri aeronautik pula juga dengan teknologi bateri mereka.

Pengasas CATL mendedahkan minggu ini syarikat beliau telahpun melakukan ujian penerbangan sebuah pesawat 4 tan menggunakan bateri berkepadatan tinggi mereka. Bateri ini mempunyai kepadatan kuasa 500 Wh/kg yang adalah hampir dua kali ganda kapasiti bateri Li-ion. Dengan kejayaan ujian ini, CATL bercadang membangunkan kapal terbang elektrik 8 tan dengan jarak penerbangan sehingga 3000 km menjelang 2028.
CATL telahpun menubuhkan divisyen aeronautik mereka dengan kerjasama Commercial Aircraft Corporation of China (COMAC) tahun lalu. Kepakaran mereka dalam menghasilkan bateri kapasiti tinggi digabungkan dengan kepakaran COMAC yang berjaya mengeluarkan pesawat penumpang komersial pertama China tahun ini.
Pemain industri melihat kapal terbang berkuasa bateri adalah berbahaya dan tidak mempunyai jarak penerbangan yang jauh. Airbus misalnya melaburkan wang untuk membangunkan pesawat elektrik berkuasa hidrogen. Tetapi jika China berjaya menguasai bidang kapal terbang elektrik, mereka mungkin akan menguasainya sama seperti bagaimana mereka menguasai industri EV sekarang.
- China Daily