Kapal terbang menghasilkan pencemaran yang tinggi berbanding pengangkutan awam yang lain. Teknologi bahan api lebih lestari dan rekaan enjin lebih efisien telah digunakan bagi menjimatkan penggunaan bahan api sekaligus mengurangkan pencemaran. Di Airbus, mereka menyasarkan pesawat dengan bahan api hidrogen akan beroperasi menjelang 2035.

Bagi merealisasikan impian ini, Airbus sedang membangunkan enjin berkuasa sel hidrogen khusus untuk kapal terbang. Ia sebuah enjin berkipas yang mengubah hidrogen dalam bentuk cecair ke gas sebelum ini berinteraksi dengan oksigen di dalam enjin untuk menghasilkan kuasa elektrik. Ini kemudiannya menggerakkan motor elektrik yang disambungkan kepada kipas dengan lapan bilah.

Hasil tindak balas sel hidrogen ini ialah haba dan wap air yang kemudiannya dibebaskan ke atmosfera tanpa sebarang pencemaran. Airbus berharap ujian pertama menggunakan pesawat platform ujian A380 MSN1 akan dapat dilakukan menjelang 2026.

Pada pesawat ujian hidrogen akan disimpan dalam tangki kriogenik di dalam badan pesawat sebelum dialirkan ke pod enjin. Pada versi komersial kelak, tangki akan diletakkan sekali dalam pod enjin. Dengan rekaan ini bahagian dalaman pesawat boleh menempatkan lebih banyak penumpang serta kargo.
Pembangunan enjin hidrogen ini adalah di bawah inisiatif Airbus ZERO yang ingin menghasilkan pesawat penumpang yang lebih lestari.
- Sumber- Airbus dan New Atlas