Bermula penghujung Jun 2024 ini, CIMB akan memperkenalkan beberapa ciri sekuriti pada aplikasi perbankan mereka. Selain mengumumkan pengenalan masa bertenang apabila melakukan perubahan had transaksi pada aplikasi CIMB OCTO atau di web CIMB Clicks, kini CIMB turut memaklumkan pengguna berkaitan penggunaan kelulusan SecureTAC untuk semua pemindahan dana.

Ini sekaligus akan memerlukan pengguna melakukan kelulusan SecureTAC untuk semua pemindahan dana, termasuk transaksi JomPAY, pembayaran bil, tambah nilai, pindahan ke akaun sendiri, dan juga untuk transaksi pada akaun kegemaran.
Disamping itu, untuk semua akaun baharu yang didaftarkan, had transaksi lalai yang ditetapkan adalah RM5,000, dan perlu diubah pada halaman tetapan.
Perubahan ini dijangka diperkenalkan bermula penghujung Jun 2024 ini.