Carian
Hampir Separuh Pemilik EV Di Amerika Dan Australia Ingin Kembali Kepada Kenderaan ICE
July 1, 2024 Effi Saharudin

Pengenalan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia masih di peringkat awal dan dapat dilihat peningkatan pendaftarannya di negara kita sejak setahun lalu. Ini dipacu oleh kenderaan yang tidak dikenakan cukai jualan dan jalan sehingga penghujung 2025. Tetapi di pasaran yang lebih matang seperti Amerika Syarikat dan Australia, hampir separuh pemilik EV kini ingin kembali menggunakan kenderaan bahan api pembakaran dalam (ICE).

Dalam kajian yang dilakukan oleh firma perundingan McKinsey, sebanyak 49% pemilik EV di Australia yang menjawab soal selidik ingin kembali ke ICE manakala di Amerika Syarikat pula ia adalah 46%. Sebab yang diberikan ialah infrastruktur pengecasan di dalam negara tidak mencukupi menyebabkan pemanduan jarak jauh mereka terjejas sejak memiliki EV. Isu kegusaran jarak adalah yang kerap didengari di kalang pemilik EV memandangkan kekurangan teknologi bateri sedia ada.

Negara% Kembali Menggunakan Kederaan ICE
Australia49%
Amerika Syarikat46%
Brazil38%
China28%
Jerman24%
Norway18%
Perancis18%
Itali15%
Jepun13%

Tetapi tidak semuanya negatif bagi pemilik EV. Di Jepun, Itali, Perancis, dan Norway kurang daripada 20% mengatakan mereka akan kembali ke kenderaan ICE. Infrastruktur pengecasan yang lebih baik dan keperluan memandu jarak jauh yang lebih rendah menyebabkan tiada penyesalan pasca pembelian.

Harus diakui infrastruktur pengecasan EV di Malaysia masih lagi di tahap tidak memuaskan. Di lebuh raya utama jumpa pengecas adalah terlalu sedikit khususnya di laluan ke Pantai Timur. Pengguna EV Malaysia masih lagi di fasa bulan madu menikmati kenderaan baharu mereka. Jika situasi pengecasan dalam negara tidak berubah dalam tempoh terdekat, mungkin ramai akan menyesal seperti di Amerika dan Australia.

Komen