Carian
Samsung Melancarkan Tiga Sensor Kamera Baharu – ISOCELL HP9, ISOCELL GNJ Dan ISOCELL JN5
July 1, 2024 Amy Maizuraa

Samsung telah melancarkan tiga sensor kamera baharu iaitu ISOCELL HP9, ISOCELL GNJ, dan ISOCELL JN5. Kesemuanya disertakan teknologi terkini yang didakwa mampu meningkatkan kualiti kamera telefoto, ultralebar dan swafoto. Seterusnya meningkatkan prestasi kamera telefon pintar mereka yang akan datang secara drastik.

Samsung mengklasifikasikan ISOCELL HP9 sebagai sensor telefoto 200MP pertama industri dibangunkan untuk telefon pintar. Sensor ini mempunyai saiz pixel 0.56-mikrometer (μm) dan saiz fizikal 1/1.4″. Ia didakwa mampu menerima lebih banyak cahaya kemudian meningkatkan prestasi fotografi pencahayaan rendah. Ini tentunya mampu menghasilkan kesan cahaya lebih jelas dengan sensitiviti terhadap cahaya sehingga 12% dan prestasi kontras 10% lebih baik berbanding produk sebelum ini. Sensor juga mempunyai teknologi Tetra pixel yang menggabungkan 16 piksel (4×4) ke dalam sensor 12MP 2.24μm bukan sahaja mampu menghasilkan imej lebih tajam malahan kesan bokeh yang menarik. Dikuasakan oleh Re-mosaic algorithm, HP9 turut menawarkan mod zum dalam sensor 2X dan 4X, kemudian mencapai zum sehingga 12x apabila digandingkan dengan modul telefoto zum 3X tanpa kehilangan kualiti imej.

Seterusnya ISOCELL GNJ yang merupakan sensor dwi piksel dengan 50 juta piksel 1.0μm dalam format optik 1/1.57 inci. Ia menempatkan dua fotodiod dalam satu unit piksel yang boleh digambarkan berfungsi seakan sepasang mata manusia. Ia membolehkan kamera fokus pada subjek dengan lebih cepat dan tepat sekaligus menangkap butiran objek dengan kabur yang minimum, walaupun dalam pencahayaan rendah.

Menurut Samsung lagi ISOCELL GNJ juga dilengkapi dengan lapisan high-transmittance anti-refractive layer (ARL) dan microlens high-refractive yang membolehkan sensor mengumpul cahaya dengan lebih baik. Dalam masa sama mengurangkan pantulan yang tidak diinginkan untuk penghasilan imej dalam pencahayaan rendah lebih semula jadi. Selain turut menggunakan silikon oksida antara piksel bertujuan mengurangkan hingat agar butiran imej boleh dipelihara dengan baik.

Akhir sekali, ISOCELL JN5 yang menggunakan teknologi Dual Vertical Transfer Gate (Dual VTG) maka isu gambar dengan warna tidak bermaya dan dedahan berlebihan dapat diselesaikan. Dengan Leveraging Super Quad Phase Detection (Super QPD) sensor boleh menyesuaikan fokus dengan membandingkan perbezaan fasa secara menegak dan mendatar. Seterusnya mampu menangkap subjek yang bergerak pantas dengan butiran terpelihara dan stabil. DIganding juga dengan Dual Slope Ain (DSG) Technology yang mampu meningkatkan HDR dan memungkinkan butiran warna yang lebih cerah dan jelas boleh dihasilkan.

Meskipun pengumuman rasmi baru dibuat namun sensor ISOCELL HP9 telah digunakan pada peranti Vivo X100 Ultra sebelum ini. Vivo membangunkan sensor telefoto 200MP tersebut dengan kerjasama Samsung.

Komen