Carian
Anda Boleh Meminta YouTube Memadam Kandungan AI Yang Menggunakan Wajah Dan Suara Tanpa Kebenaran
July 2, 2024 Effi Saharudin

Kecerdasan buatan (AI) generatif kini membolehkan video dihasilkan menggunakan wajah insan yang telah meninggal dunia. Sudah berlaku beberapa kes AI generatif yang menjadi suara digunakan untuk memfitnah individu. Ia akan semakin bertambah kerana ciri ini boleh diakses dengan mudah. Menyedari isu ini, YouTube telah mengemaskini polisi laman yang memudahkan individu melaporkan video yang menggunakan wajah dan suara mereka tanpa kebenaran.

YouTube Content ID hak cipta

Laporan perlu dilakukan sendiri oleh mangsa video palsu. Pengecualian laporan daripada pihak keitiga hanya diberikan kepada mangsa bawah umur dan insan yang telah meninggal dunia. Pemilik video diberikan masa 48 jam untuk mengambil tindakan sebelum video dipadam. Sebuah lagi pengecualian dibolehkan sekiranya video adalah bagi tujuan parodi, satira atau untuk kepentingan awam.

YouTube telahpun meminta pengguna laman untuk melabel kandungan yang dihasilkan menggunakan AI. Kegagalan untuk meletakkan label boleh menyebabkan video dipadam dan jika berulang beberapa akaun diharamkan. Pada waktu yang sama YouTube membenarkan lagu latar belakang menggunakan suara beberapa artis dijana untuk digunakan di dalam Shorts.

Komen