Carian
Instagram Menggantikan Label “Made With AI” Selepas Dikecam
July 2, 2024 Effi Saharudin

Instagram akan menggantikan penggunaan label “Made with AI” pada kandungan yang dirasakan dijana oleh kecerdasan buatan (AI) kepada “AI Info” selepas dikecam pengguna. Ramai pengguna merungut suntingan pada gambar yang dilakukan dalam perisian seperti Photoshop telah dilabel sebagai dijana sepenuhnya menggunakan AI. Label “Made In AI” mula dipaparkan di Facebook, Instagram dan Threads sejak Mei lalu.

Apabila label AI Info ditekan, maklumat lebih terperinci mengenai karya akan dapat dibaca. Pihak Meta mengaku terdapat kekurangan pada sistem yang mengesan karya AI pada platform mereka. Oleh itu Meta akan bekerjasama dengan pemain industri yang lain untuk memastikan tidak semua karya yang menggunakan AI secara automatik dilabel sebagai karya yang tidak dihasilkan oleh manusia.

Besar kemungkinan sistem pengesanan kandungan di Instagram membaca datameta atau tera air yang disorokkan oleh perisian suntingan gambar popular setiap kali ciri AI digunakan. Photoshop misalnya boleh memadam objek dan mengembangkan gambar untuk kelihatan lebih meluas menggunakan AI Firefly mereka.

Komen