Carian
Aplikasi Bursa Gold Dinar Kini Tidak Lagi Mengenakan Caj Untuk Tambah-Nilai Tunai
July 2, 2024 Aman

Bursa Gold Digital merupakan salah satu aplikasi yang memfokuskan kepada pelaburan emas, ditawarkan oleh pihak Bursa Malaysia sendiri. Ketika diperkenalkan pada awal Januari 2024 lepas, ia mengenakan sedikit caj untuk setiap tambah-nilai, dan perkara berkenaan kini diubah berkuat-kuasa 1 Julai 2024.

Melalui makluman pihak Bursa Gold Dinar, kini tiada lagi caj untuk tambah-nilai tunai ke dompet dalam aplikasi berkenaan. Dengan langkah ini, pengguna boleh mendapatkan emas dengan lebih murah berbanding sebelum ini.

Untuk makluman juga, berbeza dengan penawaran eMas oleh Touch n Go eWallet, penawaran Bursa Gold Dinar adalah patuh syariah. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Bursa Gold Dinar di kedai aplikasi Apple App Store atau Google Play Store hari ini.

Komen