Carian
Honor Berkongsi Tarikh Pelancaran Rasmi Telefon Boleh Lipat Baharu Magic V3
July 2, 2024 Amy Maizuraa

Bukan rahsia lagi apabila Honor mengesahkan kehadiran generasi baharu telefon boleh lipatnya sebelum ini. Ia dikenali sebagai Honor Magic V3 yang dikatakan tampil lebih nipis dan ringan berbanding produk sedia ada. Tiada butiran khusus dikongsikan buat masa ini namun imej promosi rasmi yang dimuatnaik seakan mengiyakan perkara tersebut. Bukan sahaja tubuh peranti malahan modul kamera utamanya juga dilihat nipis bersama tampilan lebih kemas.

Imej Promosi Rasmi Honor Magic V3

Seperkara lagi yang menarik sebenarnya bukanlah satu sebaliknya dua peranti boleh lipat yang boleh diumumkanm kelak melalui Honor Magic Vs3. Cuma sayangnya Honor masih belum memperincikan butiran mengenai peranti tersebut. Namun dijangka boleh mempunyai resepi yang mantap untuk menjadi peranti boleh lipat dominan seperti yang pernah kami katakan dalam ulasan Honor Magic Vs sebelum ini. Sekaligus memungkinkan segmen peranti boleh lipat dibanjiri dengan pelbagai pilihan menarik seiring kehendak pengguna semasa.

Honor Magic V2

Bersama-sama dengannya Honor turut tidak ketinggalan hadir dengan beberapa produk baharu lain seperti tablet Honor MagicPad 2 dan komputer riba Honor MagicBook Art 14. Kesemuanya akan dilancarkan secara rasmi di China pada 12 Julai 2024 yang semestinya butiran peranti akan didedahkan sepenuhnya.

Komen